Berita Berita
18 kenderaan rentung dalam kebakaran belukar berhampiran masjid di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 28 Jan - Sebanyak 18 kenderaan musnah dalam kejadian kebakaran belukar berhampiran Masjid Al Mahabah, Taman Bukit Mewah, di sini, semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut kenyataan itu, jentera bomba tiba pada jam 1.45 petang dan mendapati kebakaran belukar seluas kira-kira 0.372 hektar sedang marak sebelum merebak ke kawasan parkir berdekatan, sekali gus menyebabkan 18 kenderaan terbakar.
Antara kenderaan yang musnah hampir 80 peratus termasuk Hyundai Atoz, Perodua Kancil, Naza Ria, Proton Perdana, Proton Savvy, Perodua Kelisa, sebuah van serta Proton Saga FLX, selain lima lagi kenderaan yang gagal dikenal pasti.
Beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan kecil kira-kira lima peratus, antaranya Proton Saga, BMW E60, Proton Inspira dan Perodua Kelisa.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.37 petang, manakala operasi pemadaman ditamatkan pada jam 5.20 petang.
Operasi melibatkan sembilan anggota dengan penggunaan dua unit alat pemerap api, satu aliran salur bantu mula air serta tiga aliran sepanjang 400 kaki menggunakan sumber air daripada pam jentera dan pili bomba berhampiran.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 11:42 am
Teo Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika jadi Timbalan Menteri Pendidikan
January 28, 2026, 11:00 am
KDN tidak dedah maklumat siasatan serangan terhadap anak Rafizi di Dewan Rakyat
January 28, 2026, 10:54 am
Kerajaan digesa nilai semula penganjuran sambutan Hari Pekerja Pelancongan di Bukit Bintang
January 28, 2026, 10:47 am
Lori bergerak sendiri rempuh lima kenderaan di Kajang
January 28, 2026, 10:43 am
Sultan Selangor larang nazir dan AJK masjid terbabit politik kepartian
January 28, 2026, 10:37 am
Gerai burger jatuh dari lori, penunggang motosikal cedera di Kamunting
January 28, 2026, 9:45 am
Pelajar tahfiz cedera dipukul rakan sekolah di Kajang, polis buka kertas siasatan
January 27, 2026, 11:23 pm
