Berita Berita
Serangan berterusan bertujuan paksa Muhyiddin berundur – Dr Marzuki
SHAH ALAM 31 Jan – Serangan secara berterusan dari dalam dan luar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa mempunyai satu matlamat jelas iaitu memaksa beliau berundur daripada kepimpinan parti atau dikenali sebagai ‘Muhyiddin Exit’.
Bekas Ketua Setiausaha Politik kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, situasi itu dapat dilihat apabila terdapat individu dalam parti yang sepatutnya membantu presiden mengikut perlembagaan parti, namun sebaliknya bertindak menyerang kepimpinan tertinggi secara berterusan.
Menurutnya, serangan tersebut bukan sahaja datang dari dalam Bersatu, malah turut melibatkan parti-parti rakan dalam Perikatan Nasional (PN).
“Ramai yang menunggu untuk bertepuk tangan melihat projek ‘Muhyiddin Exit’ berjaya.
“Bagi Pas, masalah PN akan selesai sekiranya Muhyiddin berundur dan membolehkan parti itu melantik wakilnya sebagai Pengerusi PN,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Dr Marzuki berkata, cadangan meminda perlembagaan PN atau mewujudkan Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif bukan bertujuan memperkasakan gabungan itu, sebaliknya untuk mengehadkan kuasa Muhyiddin sebagai pengerusi.
“Apabila Muhyiddin berundur, kewujudan kedua-dua majlis itu menjadi tidak relevan,” katanya.
Beliau berkata, perkembangan itu berlaku ketika ketegangan dalam PN dilihat semakin meruncing, termasuk konflik politik yang tercetus di Perlis.
Menurut Dr Marzuki, pengunduran Muhyiddin juga berpotensi menyebabkan jawatan Presiden Bersatu disandang oleh timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sekiranya keadaan memihak kepadanya.
Bagaimanapun, katanya, persoalan timbul sama ada Hamzah akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Pas dilihat berhasrat memimpin PN dan mempunyai beberapa calon Perdana Menteri.
“Namun, Hamzah dikatakan tidak berhasrat menjadi calon PM, sebaliknya hanya mahu menjadi Presiden Bersatu,” katanya.
Beliau turut mendakwa, sekiranya Hamzah memimpin Bersatu, parti itu berkemungkinan dibubarkan dan ahlinya diserap ke dalam UMNO, sekali gus mengukuhkan kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Jika senario itu berlaku, Bersatu akan berkubur dan Pas berdepan kekalahan besar dalam PRU16.
“Kesannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpotensi kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU16,” katanya.
Dalam nada peribadi, Dr Marzuki berkata, beliau menasihati Muhyiddin supaya mempertimbangkan pengunduran diri kerana memimpin kelompok yang tidak menghargai kepimpinan dianggap tidak lagi membawa manfaat.
Berita berkaitan
January 31, 2026, 11:20 am
Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu
January 31, 2026, 11:13 am
Kanak-kanak cedera kepala nahas empat kenderaan di Mersing
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
Pegawai kanan TLDM didakwa paksa kontraktor sewa hotel miliknya, dedah Azam Baki
January 30, 2026, 6:43 pm
Penguatkuasaan perlu menyeluruh hingga peringkat PBT - PM
January 30, 2026, 6:36 pm
