Berita Berita
Lelaki berkostum Spiderman cedera terjatuh ketika mendaki Bukit Dinding
KUALA LUMPUR 31 Jan – Seorang lelaki yang memakai kostum Spiderman cedera selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 20 meter ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Dinding, di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa dipercayai terjatuh di kawasan cerun berkecuraman hampir 75 darjah semasa mendaki bukit berkenaan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul, Mejar Pertahanan Awam Mohamad Aminullah Zulkafly berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur menerima laporan kejadian pada jam 5.02 petang.
“Sejurus menerima maklumat, dua pasukan penyelamat termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kenderaan pertama tiba pada jam 5.44 petang sebelum operasi menyelamat dimulakan pada jam 5.54 petang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, pasukan penyelamat terpaksa mendaki sejauh kira-kira satu kilometer mengikut laluan trek sebelum bergerak kira-kira 70 meter di luar laluan bagi sampai ke lokasi mangsa.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira 20 meter di kawasan cerun dengan kecuraman sekitar 75 darjah.
“Ketika ditemui, mangsa mengadu mengalami kesakitan pada bahagian tulang belakang dan kaki,” katanya.
Operasi menyelamat membabitkan sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur dengan bantuan sebuah Light Rescue Vehicle (LRV) dan sebuah Medical Rescue Vehicle (MRV).
Mangsa berjaya dibawa turun ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada pasukan EMS untuk rawatan awal dan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.20 petang.
Berita berkaitan
January 31, 2026, 2:42 pm
Bomba ambil lebih sejam bantu lelaki obesiti 350 kilogram ke hospital
January 31, 2026, 11:27 am
Serangan berterusan bertujuan paksa Muhyiddin berundur – Dr Marzuki
January 31, 2026, 11:20 am
Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu
January 31, 2026, 11:13 am
Kanak-kanak cedera kepala nahas empat kenderaan di Mersing
January 30, 2026, 7:48 pm
SPRM bongkar rangkaian pusat urut terkemuka bayar wang perlindungan RM2.7 juta kepada penguat kuasa
January 30, 2026, 7:27 pm
Semua aliran sekolah terima baik Bahasa Melayu, Sejarah wajib dalam SPM
January 30, 2026, 7:11 pm
Anwar tinjau persiapan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves
January 30, 2026, 7:02 pm
SPRM nafi dakwaan keluarkan saman palsu, ancam tindakan undang-undang
January 30, 2026, 6:53 pm
