Berita Berita
Wanita cedera kaki tersepit penutup longkang di Balik Pulau
BALIK PULAU 1 Feb – Seorang wanita melalui detik mencemaskan apabila kaki kanannya tersepit pada celahan penutup longkang dalam satu kejadian di Taman Titi Height, di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 48 tahun mengalami kecederaan luka pada bahagian paha sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.41 tengah hari.
Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau digerakkan ke lokasi kejadian dengan diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Ferdaus Ishak.
“Insiden melibatkan seorang wanita yang kaki kanannya tersepit pada celahan penutup longkang.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan berjaya mengeluarkan kaki mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada waris yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Berita berkaitan
February 1, 2026, 4:08 pm
‘Mok Su bedak sejuk’ meninggal dunia akibat langgar lari
February 1, 2026, 4:02 pm
Dividen KWSP bukan isu populis, rakyat sedang berjuang untuk hidup – PGIRM
February 1, 2026, 3:57 pm
Ketum, ganja beri kesan besar kepada sosial, mental, masa depan masyarakat – JKPD Kedah
February 1, 2026, 2:24 pm
Pertengkaran dengan peniaga punca Inspektor Sheila ditahan di Batu Caves
February 1, 2026, 12:00 pm
Pemimpin negara seru perkukuh semangat kebersamaan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2026
February 1, 2026, 11:55 am
SPRM Pulau Pinang panggil beberapa individu bantu siasatan kes guna dana zakat
January 31, 2026, 2:49 pm
Lelaki berkostum Spiderman cedera terjatuh ketika mendaki Bukit Dinding
January 31, 2026, 2:42 pm
Bomba ambil lebih sejam bantu lelaki obesiti 350 kilogram ke hospital
January 31, 2026, 11:27 am
