Berita Berita
Ketum, ganja beri kesan besar kepada sosial, mental, masa depan masyarakat – JKPD Kedah
KUALA LUMPUR 1 Feb - Ketum dan ganja diklasifikasikan sebagai dadah berdasarkan definisi Dasar Dadah Negara kerana kedua-duanya merupakan bahan daripada tumbuhan yang mempunyai kesan psikoaktif, mampu mengubah mood, persepsi serta tingkah laku seseorang, selain berpotensi menyebabkan ketagihan fizikal dan psikologi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, penggunaan ketum dan ganja boleh menyebabkan kebergantungan, di mana pemberhentian atau pengurangan pengambilan akan mengakibatkan gejala penarikan dan pengunduran yang memberi kesan biologi, psikologi serta psikososial.
Menurut beliau, penagihan bahan tersebut turut menjejaskan fungsi sosial individu apabila gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga serta peranan sebagai pekerja dalam organisasi, sekali gus menjadi antara punca keruntuhan institusi keluarga dan kemusnahan masa depan kerjaya.
“Kesan ini turut menyumbang kepada pelbagai isu penyelewengan sosial seperti jenayah, keganasan rumah tangga, pengabaian kanak-kanak, kelahiran anak tidak sah taraf serta kebejatan akhlak dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, kesan terhadap kesihatan mental amat ketara khususnya melibatkan ganja, apabila terdapat kes pesakit yang mengalami gangguan mental jangka pendek dan panjang sehingga memerlukan rawatan sebagai pesakit luar atau kemasukan ke wad psikiatri.
Bagi ketum pula, Dr Zaki Zamani berkata, setakat ini belum terdapat pengumpulan data klinikal khusus di hospital yang dapat menggambarkan tahap sebenar keseriusan penagihannya, namun kajian sosial di utara Semenanjung menunjukkan kesan serius terutama melibatkan keciciran sekolah dan masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Menurutnya, walaupun terdapat dakwaan kononnya ketum dan ganja mempunyai manfaat perubatan, namun mudarat penggunaannya didapati jauh lebih besar, selain dunia perubatan masih belum mengesahkan manfaat ketum melalui pembuktian kajian klinikal yang sah.
“Sekiranya benar terdapat manfaat perubatan yang boleh menyelamatkan nyawa, penggunaannya harus dikawal sepenuhnya oleh pakar perubatan melalui preskripsi dan indikasi yang tepat, bukannya digunakan secara bebas oleh masyarakat awam yang boleh membahayakan terutamanya kanak-kanak,” jelasnya.
Beliau berkata, tanpa kawalan ketat, kebarangkalian penggunaan bahan tersebut untuk tujuan rekreasi adalah tinggi disebabkan faktor ketagihan dan kesan khayal.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan reformasi menerusi pindaanAkta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang dipinda pada 2024, yang memudahkan akses rawatan dan pemulihan dadah khususnya secara sukarela.
“Penagih dan penyalahguna dadah termasuk ketum dan ganja akan dirawat sama ada dalam komuniti atau institusi di bawah Seksyen 6 Akta ini, selaras dengan pendekatan menyah jenayah serta konsep penagih sebagai pesakit, selagi mereka tidak terlibat dengan jenayah,” katanya.
Berita berkaitan
February 1, 2026, 4:08 pm
‘Mok Su bedak sejuk’ meninggal dunia akibat langgar lari
February 1, 2026, 4:02 pm
Dividen KWSP bukan isu populis, rakyat sedang berjuang untuk hidup – PGIRM
February 1, 2026, 3:51 pm
Wanita cedera kaki tersepit penutup longkang di Balik Pulau
February 1, 2026, 2:24 pm
Pertengkaran dengan peniaga punca Inspektor Sheila ditahan di Batu Caves
February 1, 2026, 12:00 pm
Pemimpin negara seru perkukuh semangat kebersamaan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2026
February 1, 2026, 11:55 am
SPRM Pulau Pinang panggil beberapa individu bantu siasatan kes guna dana zakat
January 31, 2026, 2:49 pm
Lelaki berkostum Spiderman cedera terjatuh ketika mendaki Bukit Dinding
January 31, 2026, 2:42 pm
Bomba ambil lebih sejam bantu lelaki obesiti 350 kilogram ke hospital
January 31, 2026, 11:27 am
