Berita Berita
Lelaki maut terjatuh dari kereta bergerak selepas pertengkaran dengan teman wanita
NILAI 4 Feb – Seorang lelaki maut selepas terjatuh keluar dari sebuah kereta yang sedang bergerak di Jalan Seremban–Nilai menghala ke Nilai, berhampiran Taman Kirby, Batu 9, Labu, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang Isnin lalu, namun laporan polis hanya diterima pada jam 11.37 pagi semalam daripada seorang wanita berusia lingkungan 20-an.
Menurut beliau, wanita itu memaklumkan bahawa mangsa yang juga rakannya dipercayai terjatuh dari kenderaan ketika kereta berkenaan sedang bergerak.
“Siasatan awal mendapati mangsa berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh pengadu. Ketika dalam perjalanan, berlaku perbincangan antara mereka sebelum mangsa secara tiba-tiba terjatuh keluar dari kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 12.35 tengah hari semalam,” katanya.
Johari memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
February 4, 2026, 1:22 pm
Polis sahkan kebakaran di PPR Desa Tun Razak akibat perbuatan khianat dalam keluarga
February 4, 2026, 11:38 am
Guna khidmat peguam bela palsu, Mahkamah Rayuan perintah kes dadah dibicara semula
February 4, 2026, 11:31 am
Didakwa basuh lebihan makanan untuk dijual semula, restoran di Seremban ditutup 14 hari
February 4, 2026, 11:00 am
Wanita cedera ditumbuk, cubaan samun gagal di stesen minyak TTDI
February 4, 2026, 10:09 am
78 peratus pemegang sijil halal JAKIM di Selangor terdiri peniaga bukan bumiputera
February 4, 2026, 8:20 am
