TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia - India perkukuh kerjasama kesihatan, perubatan tradisional

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 8 Feb - Malaysia dan India menyatakan komitmen bersama untuk memperluas kerjasama strategik dalam bidang penjagaan kesihatan, termasuk perubatan tradisional, bagi memenuhi keperluan perubatan kritikal di peringkat serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi berkata, kerjasama itu mencerminkan aspirasi bersama kedua-dua negara untuk memajukan sistem penjagaan kesihatan yang mampu dibayar, mudah diakses serta berteraskan kesejahteraan rakyat.

"Malaysia kekal komited bagi sebarang perancangan yang diperlukan untuk membolehkan penghantaran pakar Perubatan Tradisional India (TIM) ke Malaysia di bawah Program Kerjasama Teknikal dan Ekonomi India (ITEC) pada masa hadapan, dan rundingan sedang giat dijalankan dengan India," demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan dijangka memudahkan penyambungan semula perkhidmatan TIM di hospital terpilih Kementerian Kesihatan Malaysia, selain melengkapi rawatan perubatan alopati dalam menyokong pelaksanaan model penjagaan kesihatan bersepadu dan holistik negara.

Kedua-dua pemimpin turut mengetengahkan kesinambungan kerjasama dua hala dalam penyediaan penjagaan kesihatan serta perubatan mampu dibayar, di samping mengalu-alukan perbincangan bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek pengawalseliaan ubat, pengiktirafan bersama standard farmakopoeia dan perkhidmatan kejururawatan. 

+ - reset