Berita Berita
Rumah pangsapuri simpan mercun musnah terbakar di Bangi
KAJANG 9 Feb – Sebuah unit kediaman di tingkat lapan sebuah pangsapuri di sini musnah dalam kebakaran pada malam Ahad selepas didapati menyimpan sejumlah besar mercun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.42 malam.
Menurutnya, seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan bantuan BBP Semenyih telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.
“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian dan mendapati sebuah bilik yang mengandungi mercun terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.19 malam, sebelum operasi pemadaman dan pemeriksaan lanjut dijalankan.
“Komander operasi melaporkan mercun tersebut disimpan di hampir keseluruhan kawasan rumah, sekali gus mempercepatkan penyebaran api,” katanya.
Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan kerja-kerja overhaul telah dijalankan bagi memastikan tiada sisa kebakaran atau bahaya lain.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 5:06 pm
Semua sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, murid digalak pakai pelitup muka
October 22, 2026, 4:54 pm
Kes hibah RM3.3 bilion, bekas CEO, CFO Tabung Haji mengaku tidak bersalah
October 22, 2026, 4:29 pm
Dua lelaki viral lolos polis di Wangsa Maju berdepan enam pertuduhan
October 22, 2026, 4:04 pm
DAPSY gesa kerajaan kaji semula larangan Waze, persoal bukti ancaman keselamatan
October 22, 2026, 3:43 pm
Manjesh Singh mengaku bersalah simbah cecair busuk, pecahkan cermin masjid di Tumpat
October 22, 2026, 3:29 pm
'TuJu memalukan negara, gagal tandingi Waze,' - Guan Eng dakwa Anwar diberi nasihat yang salah
October 22, 2026, 2:57 pm
Penjawat awam ingkar larangan guna Waze berdepan tindakan tatatertib
October 22, 2026, 1:42 pm
Dua anggota polis saman Shuhaily secara peribadi, tuntutan ganti rugi tunggu laporan perubatan
October 22, 2026, 1:17 pm
7.6 juta rekod pengguna Waze didakwa dijual di dark web
October 22, 2026, 12:32 pm
