TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jemaah meninggal dunia selepas solat Isyak di Masjid Jamek Kampung Likas

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 20 Feb – Seorang jemaah dilaporkan meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat Isyak di Masjid Jamek Kampung Likas, malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian di Facebook rasmi masjid berkenaan yang menyatakan lelaki terbabit merupakan jemaah tetap yang saban hari hadir menunaikan solat fardu di masjid tersebut.

“Arwah salah seorang jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid untuk menunaikan solat fardu.

“Pemergian Almarhum ini adalah satu keuntungan besar kerana menuju ke masjid dan selepas menunaikan solat fardu Isyak pada malam Jumaat dalam bulan Ramadan yang mulia. Semoga Allah menerima segala amal kebaikannya. Al-Fatihah,” menurut kenyataan itu.

Perkongsian berkenaan turut dihujani ucapan takziah daripada orang ramai yang menyifatkan pemergian arwah sebagai husnul khatimah kerana meninggal dunia di masjid selepas menunaikan solat, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat dan hari pertama umat Islam berpuasa sempena Ramadan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

+ - reset