Berita Berita
Zahid Hamidi ada peluang cerah jadi PM selepas PRU16 - KJ
KUALA LUMPUR 21 Feb – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mempunyai peluang cerah untuk menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum akan datang, susulan kestabilan dalaman parti itu berbanding parti politik lain.
Menurutnya, kepimpinan Zahid yang mampu mengurus perbezaan pandangan tanpa menimbulkan perpecahan besar turut memberi gambaran positif kepada rakyat.
"Ahmad Zahid juga berjaya mengendalikan perbezaan pendirian yang dibangkitkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini tanpa menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam UMNO.
"Selain itu, daripada semua parti-parti politik lain juga, nampak tidak ada apa-apa masalah dalaman dalam UMNO," katanya menerusi rakaman audio siar Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan.
Beliau turut berpendapat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkemungkinan mengekalkan sokongan kepada kerajaan sedia ada hingga pilihan raya sebelum membuat langkah politik seterusnya.
Dalam masa sama, Khairy menjangkakan kemenangan besar UMNO di Melaka dan Johor sekiranya pilihan raya negeri tidak diadakan serentak dengan pilihan raya umum akan memberi momentum kepada parti itu.
“Bukan saya kata kemenangan mutlak di Melaka dan Johor itu akan diterjemahkan kemenangan mutlak di PRU16.
“Saya rasa UMNO masih lagi jauh di mata persepsi rakyat untuk mendapat kemenangan mutlak, tetapi saya rasa keputusannya akan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.
Berita berkaitan
February 21, 2026, 9:01 pm
MMYC santuni 500 pelajar tahfiz dan anak yatim dalam majlis iftar dan amal di Bangsar
February 21, 2026, 5:54 pm
Azam Baki saman Bloomberg RM100 juta dakwa artikel saham berunsur fitnah
February 21, 2026, 1:06 pm
Tiada permohonan maaf, Rafizi teruskan saman Caprice
February 21, 2026, 10:44 am
Warga emas parah ditikam anak kandung guna pembuka tin di Kuala Pilah
February 20, 2026, 7:18 pm
Nurul Izzah desak polis siasat saham Azam Baki, bukan laporan Bloomberg
February 20, 2026, 7:04 pm
Kes rasuah RM2.5 bilion: Caprice beri Rafizi tempoh hingga 5 petang esok, padam hantaran dan mohon maaf
February 20, 2026, 4:16 pm
Anggota tentera maut ketika kursus Armor di Kuantan, kes diklasifikasi mati mengejut
February 20, 2026, 3:48 pm
Dr Akmal persoal kenyataan Khalid Samad dakwa pandangannya ‘kegilaan’
February 20, 2026, 3:40 pm
