Berita Berita
Tiada permohonan maaf, Rafizi teruskan saman Caprice
KUALA LUMPUR 21 Feb – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan akan meneruskan tindakan saman terhadap penyanyi rap dan pempengaruh, Caprice selepas tempoh beberapa hari diberikan untuk memohon maaf tidak dipenuhi.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kandungan dimuat naik Caprice didakwa menuduh beliau mempunyai kepentingan dalam syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.
“Mengikut undang-undang, pertanyaan berbentuk tuduhan atau sindiran bukanlah satu alasan yang boleh menyelamatkan daripada dikenakan saman fitnah.
“Kerana terdapat konsep innuendo dan insinuation (sindiran tersirat), bertanya tetapi pertanyaan itu adalah satu helah atau menceritakan sesuatu dalam bentuk pertanyaan tetaplah memfitnah.
“Elemen itulah yang akan diambil kira oleh mahkamah dalam kes fitnah ini,” katanya menerusi podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) #36 bersama moderator Haziq Azfar Ishak pada Jumaat.
Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menuntut Rafizi menurunkan semua hantaran yang didakwa berunsur fitnah di media sosial sebelum jam 5 petang pada Sabtu atau berdepan tindakan undang-undang.
Ia susulan hantaran di laman sosial Rafizi berhubung tuduhan Caprice berkaitan kes rasuah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengannya.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dokumen termasuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2019 yang ditunjukkan Caprice kononnya sebagai bukti memberi peluang besar kepadanya untuk memenangi saman kerana tidak menunjukkan elemen konflik kepentingan.
“Elemen yang perlu dilihat adalah rasuah yang berlaku, iaitu terdapat pemberi dan penerima wang serta elemen campur tangan.
“Kalau betul saya menerima, sudah lama ke dalam penjara tetapi sampai sekarang tidak berlaku. Saya pasti AMLA Bukit Aman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia memantau setiap hari,” katanya.
Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, ahli perniagaan yang dikaitkan dengannya merupakan klien yang memerlukan kepakaran syarikat tersebut.
“Apabila Caprice mengatakan ada saham dalam Invoke, itu pun sebenarnya boleh kena saman kerana ‘preference share’ bukanlah saham sebaliknya ia berbentuk pinjaman.
“Untuk mengatakan ini saham berkepentingan, secara asasnya ia adalah klien. Kalau begitu, Invoke ada banyak lagi klien, habislah semua ini ada kepentingan, semua kontrak ada, boleh tengoklah,” katanya.
Rafizi turut berpandangan bahawa isu berkenaan timbul bagi mengalih perhatian daripada perkara lain yang dibangkitkan melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
“Ini sebenarnya taktik untuk mengurangkan masa dan tenaga yang ditumpukan kepada Azam Baki. Tetapi mereka memandang rendah, saya mempunyai banyak ‘lemak’ untuk dibakar sama-sama bagi menumpukan kepada kes berkenaan,” katanya.
Berita berkaitan
February 21, 2026, 9:01 pm
MMYC santuni 500 pelajar tahfiz dan anak yatim dalam majlis iftar dan amal di Bangsar
February 21, 2026, 5:54 pm
Azam Baki saman Bloomberg RM100 juta dakwa artikel saham berunsur fitnah
February 21, 2026, 11:21 am
Zahid Hamidi ada peluang cerah jadi PM selepas PRU16 - KJ
February 21, 2026, 10:44 am
Warga emas parah ditikam anak kandung guna pembuka tin di Kuala Pilah
February 20, 2026, 7:18 pm
Nurul Izzah desak polis siasat saham Azam Baki, bukan laporan Bloomberg
February 20, 2026, 7:04 pm
Kes rasuah RM2.5 bilion: Caprice beri Rafizi tempoh hingga 5 petang esok, padam hantaran dan mohon maaf
February 20, 2026, 4:16 pm
Anggota tentera maut ketika kursus Armor di Kuantan, kes diklasifikasi mati mengejut
February 20, 2026, 3:48 pm
Dr Akmal persoal kenyataan Khalid Samad dakwa pandangannya ‘kegilaan’
February 20, 2026, 3:40 pm
