Berita Berita
MMYC santuni 500 pelajar tahfiz dan anak yatim dalam majlis iftar dan amal di Bangsar
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Seramai 1,000 tetamu menghadiri Majlis Iftar & Amal anjuran Malaysian Muslim Youth Council (MMYC) yang berlangsung di Dewan Masjid Ar Rahar, Bangsar, hari ini.
Daripada jumlah hadirian itu, 500 penerima terdiri daripada pelajar tahfiz dan anak yatim yang turut disantuni dalam program kebajikan bersempena Ramadan berkenaan.
Pihak penganjur menyalurkan sumbangan Ramadan kepada semua pelajar yang hadir sebagai usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan menjelang Aidilfitri.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohd Ajib Ismail, yang memuji inisiatif MMYC dalam memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat.
Presiden MMYC, Mohamed Rifaie, berkata program berkenaan menjadi platform penting untuk menyemai nilai kesukarelawanan dalam kalangan belia di samping mengeratkan hubungan antara masyarakat dan golongan yang memerlukan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Datuk Wira Shahul Dawood; Presiden MIMCOIN, Datuk Haji Abdul Hamid PV; serta Presiden PRESMA, Datuk Mosin.
MMYC memaklumkan pihaknya akan terus menganjurkan program kebajikan seumpama itu bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan mendapat manfaat sepanjang Ramadan. - Media Telus
Berita berkaitan
February 21, 2026, 5:54 pm
Azam Baki saman Bloomberg RM100 juta dakwa artikel saham berunsur fitnah
February 21, 2026, 1:06 pm
Tiada permohonan maaf, Rafizi teruskan saman Caprice
February 21, 2026, 11:21 am
Zahid Hamidi ada peluang cerah jadi PM selepas PRU16 - KJ
February 21, 2026, 10:44 am
Warga emas parah ditikam anak kandung guna pembuka tin di Kuala Pilah
February 20, 2026, 7:18 pm
Nurul Izzah desak polis siasat saham Azam Baki, bukan laporan Bloomberg
February 20, 2026, 7:04 pm
Kes rasuah RM2.5 bilion: Caprice beri Rafizi tempoh hingga 5 petang esok, padam hantaran dan mohon maaf
February 20, 2026, 4:16 pm
Anggota tentera maut ketika kursus Armor di Kuantan, kes diklasifikasi mati mengejut
February 20, 2026, 3:48 pm
Dr Akmal persoal kenyataan Khalid Samad dakwa pandangannya ‘kegilaan’
February 20, 2026, 3:40 pm
