Berita Berita
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar didakwa bersubahat berniaga sekuriti tanpa lesen
KUALA LUMPUR 23 Feb - Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menjalankan aktiviti perniagaan sekuriti tanpa lesen sah, tiga tahun lalu.
Mohd Daud, 62, yang juga tokoh kewangan Islam negara, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
"Faham saya mohon dibicarakan Yang Arif," katanya.
Mengikut pertuduhan, Mohd Daud didakwa selaku wakil syarikat aktiviti jual beli komoditi, Energy Eco Berhad, bersubahat dengan AUF MBZ apabila AUF MBZ menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti.
AUF MBZ didakwa bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar bagi aktiviti terkawal berkenaan, di mana kesalahan itu dikatakan dilakukan akibat persubahatan Energy Eco.
Sebagai wakil Energy Eco ketika kesalahan itu berlaku, Mohd Daud disifatkan melakukan kesalahan berkenaan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di C6-1, Jalan Reef ½, Pusat Perniagaan Reef, Rawang, dalam Daerah Gombak antara 14 Jun 2021 hingga 9 Ogos 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama perenggan 370(c) dan Seksyen 367(1) akta sama serta boleh dihukum di bawah Seksyen 58(4) yang memperuntukkan denda sehingga RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), Shoba Venu Gobal memaklumkan kepada mahkamah bahawa pertuduhan terhadap tertuduh termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Menurutnya, kesalahan itu adalah berat dan serius berdasarkan peruntukan hukuman, justeru mencadangkan jaminan RM200,000 dengan dua penjamin, selain pasport diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor sebulan sekali di pejabat SC terdekat.
Bagaimanapun, peguam Mohd Haziq Razali memohon jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan sejak 2024.
Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Daud diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 10 April ini untuk sebutan kes.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 2:48 pm
