TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 Feb – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selepas kenderaan miliknya dipecah dalam kejadian di Taman Persekutuan Bukit Kiara di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.15 petang ketika beliau sedang berjoging sejurus selepas hujan lebat berhenti.

Beliau berkata, sebaik kembali ke kenderaannya pada kira-kira jam 7 malam, beliau mendapati cermin tingkap bahagian penumpang hadapan telah dipecahkan. Beg tangan yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk berkenaan turut hilang.

“Saya kehilangan kira-kira RM2,000 tunai dan wang angpau, selain kad pengenalan, kad kredit serta beberapa dokumen penting lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Susulan kejadian itu, Teresa terus membuat laporan di Balai Polis Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Beliau memuji profesionalisme pihak polis yang mengendalikan laporan berkenaan. Pegawai penyiasat turut hadir untuk merakam keterangan, manakala unit forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian bagi mengambil gambar serta mengesan cap jari.

Teresa turut berharap agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir Taman Persekutuan Bukit Kiara bagi membantu usaha membanteras jenayah dan memudahkan siasatan pihak berkuasa.

+ - reset