Berita Berita
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
BATU PAHAT 23 Feb - Pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kelainan upaya (OKU) dalam kelas, bulan lalu.
Tertuduh berusia 13 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Arun Noval Dass selepas pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 16 tahun dalam kelas pada jam 12 tengah hari, 29 Januari lalu.
Mengikut Seksyen 14 (a), hukuman bagi pesalah juvana antaranya mengenakan bon berkelakuan baik dan mematuhi syarat dikenakan serta diperintah menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney.
Berdasarkan laporan dibuat, mangsa memberitahu seorang pelajar lelaki datang ke arahnya ketika dia sedangkan menyiapkan kerja sekolah.
Daripada siasatan polis, tertuduh dikatakan memasuki kelas mangsa melalui pintu belakang. Ketika kejadian, mangsa bersendirian dalam kelas memandangkan semua rakannya berada di makmal sains.
Mangsa adalah OKU sejak berusia setahun dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Secara kebetulan, seorang guru disiplin melalui hadapan kelasnya dan mangsa memanggil lalu menceritakan kejadian itu.
Guru terbabit mencari tertuduh melalui rakaman video yang kemudian ditunjukkan kepada mangsa bagi tujuan pengecaman. Sebaik mengecamnya, tertuduh kemudian dibawa ke bilik disiplin untuk tindakan lanjut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan laporan akhlak, fakta dan perintah.
Tertuduh juga dibenarkan ikat jamin RM1,500.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 1:54 pm
