Berita Berita
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
ISKANDAR PUTERI 23 Feb – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang bertindak memandu secara melulu dan berbahaya di kawasan pemeriksaan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.40 petang daripada polis bantuan kompleks berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia itu memasuki laluan kenderaan berat di pintu Gate C bagi laluan masuk dari Malaysia ke Singapura.
“Petugas telah mengarahkan pemandu membuat pusingan U ke laluan kenderaan ringan, namun arahan itu tidak dipatuhi.
“Sebaliknya, suspek memecut laju sehingga melanggar palang milik pos pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia serta empat kon keselamatan sebelum menuju ke arah pintu keluar ke Singapura,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan Malaysia dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau 07-5114486.
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta menjaga keselamatan dan harta awam, khususnya di kawasan pemeriksaan sempadan negara.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 2:48 pm
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
February 23, 2026, 1:54 pm
