Berita Berita
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
KUALA LUMPUR 23 Feb – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang baharu, bagi menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman.
Pada masa sama, Fahmi turut mengumumkan pelantikan Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran RTM bagi memperkukuh pengurusan organisasi penyiaran negara.
“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran baharu, Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Fahmi berkata, beliau berharap kepimpinan baharu itu mampu memacu transformasi dalam dunia penyiaran negara terutama dalam mendepani cabaran era digital.
Menurutnya, ia penting bagi memperkukuh industri penyiaran, memacu inovasi serta memastikan penyampaian maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.
Ashwad sebelum ini merupakan Ketua Pengarang Astro Awani dan mengumumkan pengundurannya selepas berkhidmat selama 19 tahun di stesen berita berkenaan.
Pelantikan beliau dilihat sebagai kesinambungan kepimpinan selepas Datuk Suhaimi Sulaiman, 64, yang sebelum ini melepaskan jawatan secara sukarela.
Suhaimi juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif serta Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 dan Pengerusi Bernama pada 2020.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 2:48 pm
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
February 23, 2026, 1:54 pm
