TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban

By
|
Kongsi
image

 

SEREMBAN 23 Feb - Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian tragis apabila dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sendiri selepas kenderaan itu dilanggar sebuah kereta lain di Jalan Persiaran Senawang 2, berdekatan Family Store, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 64 tahun dipercayai berada di hadapan MPV jenis Toyota Unser miliknya sebelum sebuah Perodua Viva dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan.

Kenderaan terbabit dilaporkan terbabas lalu melanggar bahagian belakang Toyota Unser berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, berkata rempuhan kuat itu menyebabkan MPV terbabit bergerak ke hadapan dan melanggar pemiliknya sendiri.

"Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Unser yang cedera parah di kepala maut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 06-6032222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

+ - reset