Berita Berita
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
GEORGE TOWN 23 Feb – Punca kematian seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak di Paya Terubong, Ayer Itam di sini disahkan akibat radang paru-paru (pneumonia).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang mendapati mangsa meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.
Menurut beliau, pihak polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.55 malam Ahad.
“Saksi menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta kira-kira jam 4 petang hari sama dan kenderaan tersebut berkunci dari dalam.
“Pintu kereta berjaya dibuka dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa merupakan wanita warga tempatan berusia 37 tahun yang berasal dari Paya Terubong, Ayer Itam.
“Hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan mati mengejut telah dibuka bagi siasatan lanjut,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita ditemui meninggal dunia di tempat duduk pemandu sebuah Perodua Myvi yang dipenuhi pelbagai barangan dan berkunci.
Sementara itu, Pengarah JBPM Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 kira-kira jam 7.48 malam bagi membantu membuka pintu kenderaan berkenaan.
Menurutnya, pasukan operasi menggunakan peralatan khas sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 4:13 pm
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 2:48 pm
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
February 23, 2026, 1:54 pm
