Berita Berita
Dewan Rakyat belum terima notis pertukaran Ketua Pembangkang
KUALA LUMPUR 23 Feb – Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis atau pemakluman rasmi berhubung pertukaran jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen setakat ini.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin masih kekal sebagai Ketua Pembangkang buat masa ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor ketika menjawab persoalan dibangkitkan SN Rayer (PH-Jelutong) di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Ramli, isu berkenaan melibatkan struktur asas Dewan Rakyat dan sebarang keputusan perlu selari dengan ketetapan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
“Setakat ini, walaupun soalan ini dibangkitkan ketika saya mempengerusikan sidang, ia melibatkan struktur asas Dewan Rakyat iaitu jawatan Ketua Pembangkang.
“Setakat ini saya percaya Timbalan Speaker seorang lagi juga belum menerima arahan. Belum ada hitam putih yang diusulkan daripada pihak pembangkang untuk mengisytiharkan kekosongan jawatan itu.
“Notis perlu dibuat secara hitam putih dari sudut perundangan Dewan Rakyat,” katanya.
Sebelum itu, Rayer membangkitkan persoalan mengenai kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang selepas beliau dilaporkan dipecat keahliannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini.
Bagaimanapun, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mempertikaikan persoalan tersebut dan menggesa supaya Ahli Parlimen berkenaan tidak mencampuri urusan parti lain.
Semalam, Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa jawatan Ketua Pembangkang akan diserahkan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas dipersetujui dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Isu tersebut timbul susulan krisis dalaman Bersatu yang menyaksikan Hamzah, bekas Timbalan Presiden parti itu, dipecat daripada keahlian parti.
Berita berkaitan
February 23, 2026, 7:11 pm
Warga emas maut dirempuh MPV sendiri di Seremban
February 23, 2026, 4:26 pm
Tokoh kewangan Islam, Daud Bakar dan Mahadi BZ mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sekuriti tanpa lesen
February 23, 2026, 4:20 pm
Teresa Kok rugi RM2,000 selepas kereta dipecah di Bukit Kiara
February 23, 2026, 4:17 pm
Polis cari pemandu kereta pandu melulu di Kompleks Sultan Abu Bakar
February 23, 2026, 3:50 pm
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran RTM baharu
February 23, 2026, 3:44 pm
Wanita ditemui dalam kereta di Paya Terubong meninggal dunia akibat pneumonia
February 23, 2026, 2:48 pm
Pelajar Tingkatan 1 mengaku bersalah cabul rakan OKU berkerusi roda dalam kelas
February 23, 2026, 1:54 pm
