Berita Berita
Pemuda MCA gesa siasatan bebas isu MyDigital ID
KUALA LUMPUR 24 Feb – Pemuda MCA menggesa kerajaan menjalankan siasatan komprehensif dan bebas susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 berhubung kelemahan perbelanjaan serta kawalan dalam Projek Pembangunan MyDigital ID (MyDID).
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, siasatan itu perlu meliputi aspek kelulusan projek, semakan mekanisme perolehan dan pembayaran selain mengenal pasti sama ada wujud unsur salah guna kuasa, kronisme atau penipuan.
Menurutnya, laporan hasil siasatan tersebut juga wajar dibentangkan secara telus kepada umum.
“Kami berharap kerajaan tidak memandang ringan perkara ini dengan melabelkannya sekadar ‘kecuaian pentadbiran’ atau ‘masalah teknikal’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan LKAN 1/2026 yang mendedahkan sejumlah RM28.13 juta perbelanjaan Projek MyDID di bawah pengurusan MIMOS Berhad dibuat tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan.
Choo Seong berkata, jumlah tersebut bukan kecil dan kerajaan perlu bertanggungjawab memastikan wang awam digunakan secara berhemah demi manfaat rakyat, bukannya dibazirkan untuk projek yang didakwa tidak telus serta mempunyai pelbagai kelemahan.
Dalam masa sama, beliau berkata, rakyat bimbang sekiranya pihak yang bersalah tidak dipertanggungjawabkan, isu sama akan berulang pada masa hadapan.
“Jika tidak dibendung segera, isu seperti ini boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan agensi terbabit.
“Lebih-lebih lagi projek MyDID membabitkan data peribadi serta ekosistem ekonomi digital rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan langkah penyelesaian yang diambil perlu telus dan membawa pembaharuan yang jelas kerana rakyat tidak lagi mahu mendengar janji kosong tanpa tindakan konkrit.
Berita berkaitan
February 24, 2026, 5:15 pm
SPRM tahan 12 individu termasuk penguat kuasa disyaki terbabit tonto, lindungi syarikat lori
February 24, 2026, 4:53 pm
Dua cedera SUV terbabas jatuh gaung di ladang teh Cameron Highlands
February 24, 2026, 4:34 pm
Menteri Agama nasihat 'influencer', penyanyi utamakan imarah Ramadan, bukan lagu raya
February 24, 2026, 4:08 pm
Bapa lima anak curi tong gas dipenjara 21 bulan
February 24, 2026, 3:18 pm
Pendakwa Raya tidak bantah permohonan DNA Ahmad Zahid, mahkamah tangguh keputusan
February 24, 2026, 12:55 pm
Pegawai JKM didakwa salah guna wang bantuan baiki rumah milik orang lain bernilai RM15,000
February 24, 2026, 12:41 pm
Hamzah saman Redzuan RM100 juta isu dakwaan sokong Anwar
February 24, 2026, 12:28 pm
EXCO Terengganu didakwa salah guna kedudukan dapatkan rasuah untuk dua anak
February 24, 2026, 12:15 pm
