TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua cedera SUV terbabas jatuh gaung di ladang teh Cameron Highlands

By
|
Kongsi
image

 

KUANTAN 24 Feb - Dua individu cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter berhampiran Boh Tea Centre, Cameron Highlands, petang Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cameron Highlands memaklumkan, kenderaan berkenaan dinaiki lima individu termasuk pemandu.

Dua mangsa yang cedera membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita dewasa.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan pengusung bagi membawa mangsa naik ke tempat selamat,” menurut kenyataan menerusi hantaran Facebook balai berkenaan.

Kedua-dua mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada pihak kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

+ - reset