Berita Berita
EXCO Terengganu didakwa salah guna kedudukan dapatkan rasuah untuk dua anak
KUALA TERENGGANU 24 Feb - Seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan membabitkan ahli keluarganya.
Tertuduh, Datuk Hanafiah Mat yang juga EXCO Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustafa.
Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) untuk mendapatkan suapan bagi anak kandungnya, Mohd Najmi Hanafiah pada 15 Ogos 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama pada 18 Jun 2020 bagi mendapatkan suapan untuk seorang lagi anak kandungnya, Ahmad Kamil Hanafiah.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat EPIC Berhad, Tingkat 2, Bangunan Annexe, Pangkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong, Kemaman.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Terdahulu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.
Tertuduh diwakili peguam Mohd Fadly Hashim manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee.
Peguam tertuduh turut memohon supaya pasport anak guamnya tidak diserahkan kepada mahkamah atas alasan beliau tidak berisiko melarikan diri.
Selain itu, tertuduh yang juga seorang ADUN mempunyai tanggungan dua isteri serta 13 orang anak.
Mahkamah menetapkan 12 April ini untuk sebutan semula kes bagi tujuan pengurusan kes.
Terdahulu, puluhan penyokong hadir di pekarangan Mahkamah Sesyen bagi memberi sokongan moral terhadapnya, dengan Hanafiah tiba kira-kira jam 8.13 pagi.
Berita berkaitan
February 24, 2026, 5:15 pm
SPRM tahan 12 individu termasuk penguat kuasa disyaki terbabit tonto, lindungi syarikat lori
February 24, 2026, 4:53 pm
Dua cedera SUV terbabas jatuh gaung di ladang teh Cameron Highlands
February 24, 2026, 4:34 pm
Menteri Agama nasihat 'influencer', penyanyi utamakan imarah Ramadan, bukan lagu raya
February 24, 2026, 4:08 pm
Bapa lima anak curi tong gas dipenjara 21 bulan
February 24, 2026, 3:18 pm
Pendakwa Raya tidak bantah permohonan DNA Ahmad Zahid, mahkamah tangguh keputusan
February 24, 2026, 12:55 pm
Pegawai JKM didakwa salah guna wang bantuan baiki rumah milik orang lain bernilai RM15,000
February 24, 2026, 12:41 pm
Hamzah saman Redzuan RM100 juta isu dakwaan sokong Anwar
February 24, 2026, 12:15 pm
Perjanjian perdagangan timbal balik Malaysia–AS belum berkuat kuasa - Anwar
February 24, 2026, 11:47 am
