Berita Berita
Menteri Agama nasihat 'influencer', penyanyi utamakan imarah Ramadan, bukan lagu raya
KUALA LUMPUR 24 Feb – Pempengaruh media sosial dan penyanyi disaran memberi keutamaan kepada pengimarahan Ramadan berbanding mempromosikan lagu raya ketika bulan puasa baharu sahaja bermula.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, Ramadan adalah bulan ibadah yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya dengan amalan kebaikan.
“Ramadan baru sahaja bermula. Ayuh kita fokus untuk mengimarahkan Ramadan ini dengan segala amal ibadah, melakukan kebaikan, bersedekah, menolong orang lain. Kita fokuskan yang itu.
“Apa-apa yang lain tu kita tangguh dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (Hamka) 2026 di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Menurut beliau, pendekatan itu selari dengan semangat Ramadan yang menuntut umat Islam memperbanyakkan ibadah dan mengutamakan nilai kesederhanaan serta penghayatan rohani sepanjang bulan mulia berkenaan.
Berita berkaitan
February 24, 2026, 5:15 pm
SPRM tahan 12 individu termasuk penguat kuasa disyaki terbabit tonto, lindungi syarikat lori
February 24, 2026, 4:53 pm
Dua cedera SUV terbabas jatuh gaung di ladang teh Cameron Highlands
February 24, 2026, 4:08 pm
Bapa lima anak curi tong gas dipenjara 21 bulan
February 24, 2026, 3:18 pm
Pendakwa Raya tidak bantah permohonan DNA Ahmad Zahid, mahkamah tangguh keputusan
February 24, 2026, 12:55 pm
Pegawai JKM didakwa salah guna wang bantuan baiki rumah milik orang lain bernilai RM15,000
February 24, 2026, 12:41 pm
Hamzah saman Redzuan RM100 juta isu dakwaan sokong Anwar
February 24, 2026, 12:28 pm
EXCO Terengganu didakwa salah guna kedudukan dapatkan rasuah untuk dua anak
February 24, 2026, 12:15 pm
Perjanjian perdagangan timbal balik Malaysia–AS belum berkuat kuasa - Anwar
February 24, 2026, 11:47 am
