Berita Berita
Lelaki kostum ikan duyung promosi air balang ditahan, terima upah RM200
KOTA BHARU 25 Feb – Seorang lelaki yang memakai kostum ikan duyung ketika mempromosikan air balang di hadapan sebuah gerai di Pengkalan Chepa, baru-baru ini, ditahan pihak berkuasa agama.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di kediamannya di Kampung Chetok, Pasir Mas.
Menurut beliau, lelaki itu kemudian dibebaskan dengan bon jaminan selepas memberi keterangan.
“Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 19 dan 20 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019 kerana berpakaian seperti wanita dan melakukan perbuatan tidak sopan,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan, lelaki itu dipercayai menerima upah RM200 daripada pemilik gerai air balang bagi menghasilkan video promosi perniagaan.
Katanya, siasatan mendapati video memaparkan lelaki itu memakai kostum ikan duyung untuk mempromosikan air balang itu dipercayai dirakam sehari sebelum Ramadan dan dimuat naik di media sosial pada 1 Ramadan.
Lelaki tersebut diminta hadir semula ke pejabat JAHEAIK pada 8 Jun depan bagi membantu siasatan lanjut.
Sebelum ini, pihak berkuasa memaklumkan perkara tersebut telah dalam tindakan penguatkuasaan JAHEAIK, manakala pihak berkuasa tempatan turut menarik balik permit jualan gerai air balang berkenaan serta mengeluarkan kompaun kepada peniaga pada 22 Februari lalu.
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:45 am
Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam - Fadhlina
February 25, 2026, 9:28 pm
Yayasan Kubra roboh kuil di Rawang ikut undang-undang - Haniff Khatri
February 25, 2026, 3:26 pm
Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai berhampiran masjid di Alor Setar
February 25, 2026, 3:01 pm
Akibat pukul warga emas selepas kemalangan, lelaki terpaksa beraya dalam penjara
February 25, 2026, 2:45 pm
Pemindahan patung berhala Kuil Sri Uchimalai Muniswaran berjalan lancar - Polis
February 25, 2026, 2:02 pm
Lelaki pecut lebih 10 kilometer elak ditahan, rempuh MPV polis di Sungai Petani
February 25, 2026, 1:53 pm
BN sahkan tiada pertemuan dengan Hamzah, kumpulan dipecat BERSATU
February 25, 2026, 1:43 pm
MCMC teliti langkah perundangan kekang aplikasi janji temu songsang
February 25, 2026, 1:31 pm
