Berita Berita
Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai berhampiran masjid di Alor Setar
ALOR SETAR 25 Feb – Mayat seorang wanita ditemukan terapung di dalam sungai berhampiran Masjid Seberang Pumpong dalam kejadian kira-kira jam 8.27 pagi pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan penemuan tersebut sebelum anggota digerakkan ke lokasi.
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa mempunyai tiga anak lelaki yang kini dijaga bekas suami di Kulim.
“Temu bual dengan waris iaitu bapa mangsa memaklumkan wanita berkenaan bekerja sebagai jururadiografi di sebuah klinik di Jitra.
“Mangsa dikatakan mempunyai sejarah sakit mental dan masih menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan.
Syed Basri berkata, maklumat awal mendapati kali terakhir mangsa dilihat bersama keluarga adalah pada jam 7.31 malam Selasa ketika berbuka puasa.
Bagaimanapun, siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
“Pemeriksaan pada tubuh mangsa juga tidak menemukan sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan jenayah,” katanya.
Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang berdepan tekanan emosi atau masalah kesihatan mental, dapatkan bantuan segera melalui talian sokongan seperti Befrienders atau hubungi fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan bantuan profesional. Anda tidak bersendirian.
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:45 am
Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam - Fadhlina
February 25, 2026, 9:28 pm
Yayasan Kubra roboh kuil di Rawang ikut undang-undang - Haniff Khatri
February 25, 2026, 3:01 pm
Akibat pukul warga emas selepas kemalangan, lelaki terpaksa beraya dalam penjara
February 25, 2026, 2:45 pm
Pemindahan patung berhala Kuil Sri Uchimalai Muniswaran berjalan lancar - Polis
February 25, 2026, 2:13 pm
Lelaki kostum ikan duyung promosi air balang ditahan, terima upah RM200
February 25, 2026, 2:02 pm
Lelaki pecut lebih 10 kilometer elak ditahan, rempuh MPV polis di Sungai Petani
February 25, 2026, 1:53 pm
BN sahkan tiada pertemuan dengan Hamzah, kumpulan dipecat BERSATU
February 25, 2026, 1:43 pm
MCMC teliti langkah perundangan kekang aplikasi janji temu songsang
February 25, 2026, 1:31 pm
