TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemindahan patung berhala Kuil Sri Uchimalai Muniswaran berjalan lancar - Polis

By
|
Kongsi
image

 

GOMBAK 25 Feb – Tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan sepanjang kerja-kerja pemindahan patung berhala di Kuil Sri Uchimalai Muniswaran yang berlangsung dari malam Selasa hingga awal pagi Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, proses berkenaan dilaksanakan bermula jam 9.30 malam hingga 4.12 pagi dengan penglibatan 10 penganut bersama wakil pengurusan kuil.

“Seramai 10 penganut bersama wakil pengurusan kuil terlibat dalam kerja-kerja pemindahan kesemua empat patung berhala di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, sebaik sahaja proses pemindahan selesai, pemilik tanah memulakan kerja-kerja pembersihan tapak kuil pada awal pagi.

“Sepanjang proses tersebut berlangsung, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan keadaan dipantau oleh pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, Shazeli mengingatkan semua pihak supaya menghormati saluran perundangan sedia ada dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan keharmonian kaum serta agama.

“Sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah yang sah.

“Pihak polis juga akan memantau dengan ketat sebarang penularan maklumat di media sosial dan memberi amaran keras terhadap penyebaran kandungan berbaur 3R (agama, bangsa dan diraja) yang boleh mencetuskan kegusaran awam,” ujarnya.

+ - reset