Berita Berita
Yayasan Kubra roboh kuil di Rawang ikut undang-undang - Haniff Khatri
GOMBAK 25 Feb – Pemilik tanah, Yayasan Kubra, menegaskan tindakan merobohkan sebuah rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kebenaran di atas tanah miliknya dibuat mengikut peruntukan undang-undang dan bukan secara sewenang-wenangnya.
Peguam mewakili pemilik tanah, Haniff Khatri, berkata yayasan berkenaan telah melantik beberapa pihak bagi membantu proses perobohan yang dijalankan awal pagi tadi.
Menurutnya, antara pihak terlibat termasuk pasukan Silat Gayung yang diketuai Tok Cindai serta pertubuhan Perkid yang diterajui Ustaz Fasidi.
“Semua pihak yang dilantik melaksanakan peranan masing-masing mengikut lunas undang-undang. Pihak pengurusan kuil juga hadir pada awal pagi untuk memindahkan patung dewa mengikut cara keagamaan mereka sendiri.
“Proses itu selesai tanpa sebarang insiden atau gangguan ketenteraman awam sebelum kerja-kerja merobohkan struktur dijalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.
Hanidf menolak dakwaan bahawa pemilik tanah mengambil undang-undang di tangan sendiri, sebaliknya menegaskan undang-undang memberi hak tertentu kepada pemilik tanah untuk bertindak terhadap struktur yang didakwa dibina tanpa kebenaran.
Beliau berkata prinsip kebebasan beragama harus dihormati, namun pembinaan rumah ibadat perlu dibuat di atas tanah yang sah dan melalui proses kelulusan yang ditetapkan.
“Setiap individu berhak menganut agama masing-masing, tetapi pelaksanaannya mesti selaras dengan peruntukan undang-undang dan prosedur sedia ada,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan pusat menubuhkan satu jawatankuasa khas di bawah Kementerian Perpaduan bagi menjalankan bancian menyeluruh terhadap status rumah ibadat di seluruh negara dalam tempoh enam bulan.
Katanya, jawatankuasa itu perlu meneliti sejarah pembinaan setiap rumah ibadat, termasuk sama ada permohonan kelulusan pernah dibuat dan sebab-sebab ia diluluskan atau ditolak.
“Hasil kajian itu wajar dibentangkan dalam bentuk Kertas Putih di Parlimen bersama cadangan penyelesaian menyeluruh.
“Mana-mana rumah ibadat yang tidak sah dan tidak boleh disahkan perlu diambil tindakan sewajarnya, manakala yang boleh diselaraskan statusnya hendaklah melalui proses undang-undang yang betul,” katanya.
Beliau turut menegaskan isu berkenaan tidak wajar dipolitikkan dan bukan bertujuan menekan mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan semua pihak mematuhi keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:45 am
Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam - Fadhlina
February 25, 2026, 3:26 pm
Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai berhampiran masjid di Alor Setar
February 25, 2026, 3:01 pm
Akibat pukul warga emas selepas kemalangan, lelaki terpaksa beraya dalam penjara
February 25, 2026, 2:45 pm
Pemindahan patung berhala Kuil Sri Uchimalai Muniswaran berjalan lancar - Polis
February 25, 2026, 2:13 pm
Lelaki kostum ikan duyung promosi air balang ditahan, terima upah RM200
February 25, 2026, 2:02 pm
Lelaki pecut lebih 10 kilometer elak ditahan, rempuh MPV polis di Sungai Petani
February 25, 2026, 1:53 pm
BN sahkan tiada pertemuan dengan Hamzah, kumpulan dipecat BERSATU
February 25, 2026, 1:43 pm
MCMC teliti langkah perundangan kekang aplikasi janji temu songsang
February 25, 2026, 1:31 pm
