Berita Berita
APAD kompaun Rapid Rail RM100,000 susulan kemalangan Depoh Subang
KUALA LUMPUR 27 Feb – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenakan kompaun RM100,000 terhadap Rapid Rail Sdn. Bhd. (RRSB) susulan insiden kemalangan di Depoh Subang pada 12 Disember 2024.
APAD memaklumkan, tindakan itu diambil atas kesalahan di bawah Seksyen 101(7)(e) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] selepas siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pihak Original Equipment Manufacturer (OEM).
Menurut kenyataan itu, kejadian kira-kira jam 3.36 pagi berkenaan melibatkan kegagalan sistem brek sebuah jentera shunting yang menyebabkan pelanggaran dengan jentera Speeder 3.
“Kemalangan tersebut mengakibatkan satu kematian dan tiga kecederaan kepada kakitangan RRSB selain kerosakan serius terhadap Jentera Grinder, Speeder 3 dan Shunting dengan anggaran kerugian sebanyak RM574,550,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan lanjut mendapati RRSB selaku pengendali berlesen gagal memastikan jajaran dan jentera kereta api berada dalam keadaan selamat untuk pengoperasian, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Seksyen 101(7)(e) Akta 715.
APAD berkata, di bawah Seksyen 101(10) akta sama, jika disabitkan kesalahan, pihak yang bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Menurut agensi itu, keselamatan operasi pengangkutan awam darat merupakan keutamaan tertinggi dan tidak boleh dikompromi dalam apa juga keadaan.
“Tindakan penguatkuasaan ini bukan sahaja sebagai langkah pematuhan undang-undang, malah sebagai peringatan tegas kepada semua pengendali perkhidmatan rel agar sentiasa memastikan penyelenggaraan dilaksanakan mengikut piawaian teknikal ditetapkan serta latihan mencukupi diberikan kepada kakitangan terlibat,” katanya.
Tambah kenyataan itu, keputusan mengekalkan kompaun tersebut dibuat dengan mengambil kira kepentingan awam serta prinsip akauntabiliti demi memelihara integriti sistem pengangkutan rel negara.
Berita berkaitan
February 28, 2026, 1:07 pm
Wanita, bayi 10 bulan parah kereta terbalik tayar pecah di Batu Pahat
February 28, 2026, 12:57 pm
Tak boleh ambil dividen akaun lain ke akaun 3 - KWSP
February 28, 2026, 12:46 pm
Dua lelaki larikan diri, rempuh kenderaan awam di Jalan Cheras
February 28, 2026, 12:34 pm
Tiga pelajar maut motosikal bertembung di Jalan Tambak Paya
February 28, 2026, 12:24 pm
KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi simpanan konvensional, syariah
February 27, 2026, 9:22 pm
HRD Corp perkukuh barisan ahli lembaga pengarah, lima tokoh berprofil tinggi termasuk bos Mydin dilantik
February 27, 2026, 4:49 pm
DBKL pasang CCTV di Taman Persekutuan Bukit Kiara
February 27, 2026, 4:37 pm
Lelaki OKU ditemukan lemas ketika cari lidi penyapu di Sungai Gedok
February 27, 2026, 4:25 pm
