Berita Berita
DBKL pasang CCTV di Taman Persekutuan Bukit Kiara
KUALA LUMPUR 27 Feb – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kerja pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Persekutuan Bukit Kiara dalam kadar segera.
Inisiatif itu diambil susulan beberapa kejadian pecah kenderaan termasuk membabitkan kereta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok baru-baru ini.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja pemasangan CCTV akan dilaksanakan dalam tempoh satu minggu dan dijangka siap pada awal Mac depan.
“DBKL mengambil maklum hantaran Teresa berhubung kejadian pecah kenderaan di kawasan tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara serta cadangan pemasangan CCTV di lokasi berkenaan.
“DBKL memandang serius insiden tersebut dan kebimbangan yang disuarakan orang awam,” menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut DBKL, keselamatan warga kota serta pengunjung taman sentiasa menjadi keutamaan bagi memastikan persekitaran awam yang selamat dan kondusif.
“DBKL kekal komited untuk memastikan Kuala Lumpur terus menjadi bandar yang selamat, sejahtera dan selesa untuk semua,” katanya.
Pada 22 Februari lalu, Teresa dilaporkan kehilangan wang tunai RM2,000 dan barangan peribadi selepas cermin keretanya dipecahkan ketika beliau bersenam di taman rekreasi berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 6.15 petang hingga 7 malam ketika kenderaan diletakkan di petak parkir dalam keadaan berkunci sebelum beliau mendapati cermin hadapan sebelah kiri pecah dan beg tangannya hilang.
Susulan kejadian itu, Teresa menerusi hantaran di Facebook mencadangkan agar CCTV dipasang di kawasan parkir berkenaan berikutan kes pecah kereta dan kecurian barang berharga yang didakwa kerap berlaku di situ.
Berita berkaitan
February 28, 2026, 1:07 pm
Wanita, bayi 10 bulan parah kereta terbalik tayar pecah di Batu Pahat
February 28, 2026, 12:57 pm
Tak boleh ambil dividen akaun lain ke akaun 3 - KWSP
February 28, 2026, 12:46 pm
Dua lelaki larikan diri, rempuh kenderaan awam di Jalan Cheras
February 28, 2026, 12:34 pm
Tiga pelajar maut motosikal bertembung di Jalan Tambak Paya
February 28, 2026, 12:24 pm
KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi simpanan konvensional, syariah
February 27, 2026, 9:22 pm
HRD Corp perkukuh barisan ahli lembaga pengarah, lima tokoh berprofil tinggi termasuk bos Mydin dilantik
February 27, 2026, 4:37 pm
Lelaki OKU ditemukan lemas ketika cari lidi penyapu di Sungai Gedok
February 27, 2026, 4:25 pm
Wisma Putra jamin bantuan konsular kepada rakyat Malaysia di Iran
February 27, 2026, 4:19 pm
