Berita Berita
Lelaki OKU ditemukan lemas ketika cari lidi penyapu di Sungai Gedok
TAMPIN 27 Feb – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak petang Khamis ditemukan meninggal dunia, dipercayai lemas di Sungai Gedok di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tampin, Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.50 pagi.
“Siasatan awal di lokasi mendapati seorang lelaki memakai kemeja-T ditemukan tersangkut pada ranting kayu di dalam sungai berkenaan.
“Mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 62 tahun yang dipercayai keluar dari rumah sejak semalam untuk mencari lidi penyapu di kawasan berhampiran sungai,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai dan lemas.
“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Berita berkaitan
February 28, 2026, 1:07 pm
Wanita, bayi 10 bulan parah kereta terbalik tayar pecah di Batu Pahat
February 28, 2026, 12:57 pm
Tak boleh ambil dividen akaun lain ke akaun 3 - KWSP
February 28, 2026, 12:46 pm
Dua lelaki larikan diri, rempuh kenderaan awam di Jalan Cheras
February 28, 2026, 12:34 pm
Tiga pelajar maut motosikal bertembung di Jalan Tambak Paya
February 28, 2026, 12:24 pm
KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi simpanan konvensional, syariah
February 27, 2026, 9:22 pm
HRD Corp perkukuh barisan ahli lembaga pengarah, lima tokoh berprofil tinggi termasuk bos Mydin dilantik
February 27, 2026, 4:49 pm
DBKL pasang CCTV di Taman Persekutuan Bukit Kiara
February 27, 2026, 4:25 pm
Wisma Putra jamin bantuan konsular kepada rakyat Malaysia di Iran
February 27, 2026, 4:19 pm
