Berita Berita
Tiga pelajar maut motosikal bertembung di Jalan Tambak Paya
MELAKA 28 Feb – Tiga pelajar sekolah menengah maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal yang dipercayai bertembung di Jalan Tambak Paya awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah dua penunggang, Muhammar Adiff Farihin Mohd Anuar, 15, dan Muhammad Azmi Abdul Rahimah, 16, serta seorang pembonceng, Nur Khairiah Mat Mazlin, 16.
Seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Haziq Haikal Kassim, 18, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.02 pagi.
“Siasatan awal di lokasi mendapati dua motosikal dari arah Bukit Katil menghala ke Tiang Dua manakala sebuah lagi datang dari arah bertentangan.
“Setibanya di tempat kejadian, ketiga-tiga motosikal dipercayai bertembung secara berdepan di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, akibat pertembungan itu, dua penunggang dan seorang pembonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.
“Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, kaki dan tangan dan sedang menerima rawatan lanjut.
“Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk pemeriksaan teknikal ke atas semua kenderaan terlibat di Puspakom,” katanya.
Tambahnya, setakat ini tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rakaman papan pemuka (dashcam) atau saksi bebas ditemui di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Berita berkaitan
February 28, 2026, 1:07 pm
Wanita, bayi 10 bulan parah kereta terbalik tayar pecah di Batu Pahat
February 28, 2026, 12:57 pm
Tak boleh ambil dividen akaun lain ke akaun 3 - KWSP
February 28, 2026, 12:46 pm
Dua lelaki larikan diri, rempuh kenderaan awam di Jalan Cheras
February 28, 2026, 12:24 pm
KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi simpanan konvensional, syariah
February 27, 2026, 9:22 pm
HRD Corp perkukuh barisan ahli lembaga pengarah, lima tokoh berprofil tinggi termasuk bos Mydin dilantik
February 27, 2026, 4:49 pm
DBKL pasang CCTV di Taman Persekutuan Bukit Kiara
February 27, 2026, 4:37 pm
Lelaki OKU ditemukan lemas ketika cari lidi penyapu di Sungai Gedok
February 27, 2026, 4:25 pm
Wisma Putra jamin bantuan konsular kepada rakyat Malaysia di Iran
February 27, 2026, 4:19 pm
