Berita Berita
Wanita, bayi 10 bulan parah kereta terbalik tayar pecah di Batu Pahat
BATU PAHAT 268 Feb – Seorang wanita dan bayi perempuan berusia 10 bulan parah selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik akibat tayar pecah di Kilometer 19, Jalan Kluang–Batu Pahat berhampiran kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, nahas berlaku kira-kira jam 2.40 pagi.
Menurutnya, bayi perempuan itu kini dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), manakala kedua ibu bapanya turut menerima rawatan di hospital sama.
“Siasatan awal mendapati kereta terbabit dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun bersama isterinya, wanita berusia 41 tahun.
“Kemalangan berlaku apabila tayar kereta yang dinaiki pecah sebelum kenderaan itu terbabas dan terbalik,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pemandu mengalami kecederaan di tangan kiri manakala isterinya cedera di kepala dan kedua-duanya dirawat di Zon Kuning HSNI.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, dua rakaman video kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan keadaan kenderaan dalam keadaan remuk dengan api kecil kelihatan berhampiran kereta terbabit sebelum dipadamkan orang awam.
Beberapa pengguna jalan raya turut dilihat bergegas ke lokasi bagi membantu menyelamatkan mangsa.
Berita berkaitan
February 28, 2026, 12:57 pm
Tak boleh ambil dividen akaun lain ke akaun 3 - KWSP
February 28, 2026, 12:46 pm
Dua lelaki larikan diri, rempuh kenderaan awam di Jalan Cheras
February 28, 2026, 12:34 pm
Tiga pelajar maut motosikal bertembung di Jalan Tambak Paya
February 28, 2026, 12:24 pm
KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi simpanan konvensional, syariah
February 27, 2026, 9:22 pm
HRD Corp perkukuh barisan ahli lembaga pengarah, lima tokoh berprofil tinggi termasuk bos Mydin dilantik
February 27, 2026, 4:49 pm
DBKL pasang CCTV di Taman Persekutuan Bukit Kiara
February 27, 2026, 4:37 pm
Lelaki OKU ditemukan lemas ketika cari lidi penyapu di Sungai Gedok
February 27, 2026, 4:25 pm
Wisma Putra jamin bantuan konsular kepada rakyat Malaysia di Iran
February 27, 2026, 4:19 pm
