Berita Berita
Ada laporan tak puas hati, polis panggil Arun Dorasamy susulan isu Kuil Rawang
SHAH ALAM 2 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor akan memanggil seorang lelaki dikenali sebagai Arun Dorasamy bagi dirakam keterangan susulan beberapa laporan polis yang diterima berhubung isu kuil di Rawang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini pihaknya menerima lapan laporan daripada pelbagai individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dibuat lelaki berkenaan mengenai isu tersebut.
“Kita sedang menjalankan siasatan dan kes ini dirujuk sebagai ROR (refer other report), iaitu merujuk kepada laporan awal berkaitan isu kuil terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.
Menurut beliau, polis turut menerima satu laporan daripada pihak pengurusan kuil berkaitan perobohan binaan haram yang didakwa didirikan di atas tanah milik penuh Yayasan Kubra.
Dalam perkembangan berasingan, Shazeli memaklumkan pihaknya masih menunggu arahan penasihat undang-undang PDRM selepas kertas siasatan dirujuk berhubung kes 12 anggota polis yang disiasat atas dakwaan mencuri mata wang kripto milik warga China.
“Kita juga masih menunggu laporan forensik digital. Siasatan masih berjalan dan belum lengkap.
“Kesemua 12 anggota berkenaan telah direhatkan daripada tugas aktif di lapangan sementara siasatan diteruskan,” katanya.
Berita berkaitan
March 3, 2026, 10:32 am
23 sekeluarga hilang tempat tinggal, empat rumah rentung dalam kebakaran di Tanjung Tokong
March 3, 2026, 10:22 am
Kerajaan tak benarkan majikan langgar undang-undang buruh gajikan pekerja asing - Ramanan
March 3, 2026, 9:54 am
Tak cukup dua 2 undi, RUU had tempoh 10 tahun jawatan PM gagal peroleh sokongan dua pertiga
March 2, 2026, 7:13 pm
PM tamat tempoh berkhidmat boleh terus jadi wakil rakyat, dilantik menteri - Azalina
March 2, 2026, 7:01 pm
Penuntut IPT didakwa pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan esok
March 2, 2026, 3:50 pm
