Berita Berita
Penuntut IPT didakwa pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan esok
PUTRAJAYA 2 Mac – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang tular kerana memijak al-Quran akan didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan, esok.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta berpuas hati terdapat keterangan mencukupi untuk pertuduhan dikenakan.
Menurut AGC, pemuda berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan al-Quran dengan memijaknya, yang mana perbuatan itu dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam.
“Selain itu, AGC turut memutuskan untuk mendakwa orang yang disiasat (OYDS) di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Threads,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan siasatan diteruskan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan penularan kandungan berkenaan di media sosial.
Sebelum ini, media sosial kecoh apabila seorang pengguna Threads didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam.
Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah itu kemudian tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar berkenaan.
Berita berkaitan
March 3, 2026, 10:32 am
23 sekeluarga hilang tempat tinggal, empat rumah rentung dalam kebakaran di Tanjung Tokong
March 3, 2026, 10:22 am
Kerajaan tak benarkan majikan langgar undang-undang buruh gajikan pekerja asing - Ramanan
March 3, 2026, 9:54 am
Tak cukup dua 2 undi, RUU had tempoh 10 tahun jawatan PM gagal peroleh sokongan dua pertiga
March 2, 2026, 7:13 pm
PM tamat tempoh berkhidmat boleh terus jadi wakil rakyat, dilantik menteri - Azalina
March 2, 2026, 3:50 pm
Empat suspek curi tabung Masjid Seksyen 7 didakwa esok
March 2, 2026, 3:13 pm
