Berita Berita
CCTV tak tunjuk keseluruhan kejadian, polis siasat pelajar OKU parah terjatuh dari tingkat empat sekolah di Sungai Petani
SUNGAI PETANI 3 Mac - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima mengalami kecederaan parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan sekolah di daerah ini dalam kejadian tengah hari tadi.
Dalam insiden kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, remaja berusia 17 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan terjatuh dari bangunan berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata pondok polis Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menerima aduan daripada Jabatan Kecemasan HSAH berhubung seorang pesakit lelaki berusia 17 tahun dalam keadaan cedera parah.
"Daripada laporan pertama ini, kita telah membuat semakan dan pemeriksaan yang mana pada pagi tadi, antara jam 8 hingga 9 pagi, seorang pelajar dikatakan telah jatuh dari tingkat empat bangunan pentadbiran sekolah.
"Bahagian atasnya pula adalah kelas-kelas pelajar. Pihak sekolah memaklumkan kejadian berlaku ketika perhimpunan pagi di ruang utama dan pelajar yang kita sedang siasat ini dikatakan tidak menghadiri perhimpunan terbabit," katanya, di sini hari ini.
Hanyan berkata, mangsa yang dipercayai menghidap autisme patah tangan kiri akibat kejadian.
Beliau berkata, pihaknya sudah meneliti dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah berkenaan tetapi tidak menunjukkan keseluruhan kejadian.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan.
Berita berkaitan
March 3, 2026, 10:32 am
23 sekeluarga hilang tempat tinggal, empat rumah rentung dalam kebakaran di Tanjung Tokong
March 3, 2026, 10:22 am
Kerajaan tak benarkan majikan langgar undang-undang buruh gajikan pekerja asing - Ramanan
March 3, 2026, 9:54 am
Tak cukup dua 2 undi, RUU had tempoh 10 tahun jawatan PM gagal peroleh sokongan dua pertiga
March 2, 2026, 7:13 pm
PM tamat tempoh berkhidmat boleh terus jadi wakil rakyat, dilantik menteri - Azalina
March 2, 2026, 7:01 pm
Penuntut IPT didakwa pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan esok
March 2, 2026, 3:50 pm
Empat suspek curi tabung Masjid Seksyen 7 didakwa esok
March 2, 2026, 3:13 pm
