Berita Berita
'Kita akan bertahan semaksimumnya tapi, wallahualam...' - Kerajaan usaha kekalkan harga RON95
PUTRAJAYA 3 Mac – Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar semasa RM1.99 seliter demi meringankan beban rakyat Malaysia, walaupun pasaran minyak mentah global sedang menghadapi ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan harga minyak mentah dunia akibat sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi tekanan kepada negara. Namun, kerajaan komited mempertahankan harga petrol di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).
“Insya-ALLAH, untuk rakyat Malaysia saya akan cuba mempertahankan supaya tidak ada kenaikan harga minyak.
“Kita akan bertahan semaksimumnya tapi, wallahualam, (pasaran) ini tak terkawal, kalau keadaannya menjadi sehingga luar daripada kawalan kita, itu (jika berlaku kenaikan harga) tidak dapat kita pastikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat tempatan di Kompleks Seri Perdana di sini pada Ahad.
Beliau turut mengulas mengenai pasaran global yang menunjukkan kehati-hatian susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Iran dan peningkatan risiko geopolitik di Asia Barat – faktor yang memberi kesan kepada harga minyak mentah, kadar pertukaran ringgit serta aliran perdagangan.
Pada masa ini, harga minyak mentah WTI naik 2.78 peratus kepada AS$67.02 setong manakala minyak mentah Brentmeningkat 2.87 peratus kepada AS$72.87 setong.
Firma penyelidikan tenaga Rystad Energy menjangkakan harga minyak mentah Brent berpotensi melonjak sehingga AS$20 setong pada Isnin, susulan premium risiko yang disematkan kembali dalam pasaran – kecuali jika terdapat tanda ketegangan di Asia Barat mula reda menjelang hujung minggu lalu.
Berita berkaitan
March 3, 2026, 10:32 am
23 sekeluarga hilang tempat tinggal, empat rumah rentung dalam kebakaran di Tanjung Tokong
March 3, 2026, 10:22 am
Kerajaan tak benarkan majikan langgar undang-undang buruh gajikan pekerja asing - Ramanan
March 3, 2026, 9:54 am
Tak cukup dua 2 undi, RUU had tempoh 10 tahun jawatan PM gagal peroleh sokongan dua pertiga
March 2, 2026, 7:13 pm
PM tamat tempoh berkhidmat boleh terus jadi wakil rakyat, dilantik menteri - Azalina
March 2, 2026, 7:01 pm
Penuntut IPT didakwa pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan esok
March 2, 2026, 3:50 pm
Empat suspek curi tabung Masjid Seksyen 7 didakwa esok
March 2, 2026, 3:13 pm
