TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pukul pengadu pakai batang besi, polis tahan lima lelaki tunjuk 'samseng' di Balai Polis Meru

By
|
Kongsi
image

 

SHAH ALAM 4 Mac – Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Balai Polis Meru, Klang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam ketika tiga lelaki hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis.

Menurutnya, secara tiba-tiba lima lelaki lain datang ke lokasi sebelum tercetus perbalahan antara kedua-dua pihak.

“Dalam kejadian itu, seorang daripada kumpulan lima lelaki terbabit memukul pengadu menggunakan sebatang besi. Kekecohan turut menyebabkan sebuah televisyen di balai polis mengalami kerosakan sebelum semua suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil tindakan pantas polis, lima lelaki berusia antara 28 hingga 41 tahun berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 427 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

Semua suspek direman tiga hari sehingga 5 Mac bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam masa sama, polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang telah dikenal pasti untuk membantu siasatan.

Vijaya menegaskan pihaknya memandang serius kejadian tersebut kerana ia membabitkan gangguan ketenteraman di premis balai polis.

+ - reset