Berita Berita
Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini
KUALA LUMPUR 4 Mac – Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu dipersetujui oleh Anwar Ibrahim bagi tempoh dua tahun.
Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan turut bertujuan mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.
“Perdana Menteri menzahirkan harapan supaya beliau dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan berkenaan.
Tengku Zafrul sebelum ini dilantik menerajui agensi promosi pelaburan utama negara sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun.
Pelantikan itu dibuat bagi memanfaatkan kepakaran beliau dalam memacu agenda pelaburan nasional serta memperkukuh daya saing ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa melalui penyelarasan dasar industri yang lebih dinamik.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama enam tahun, iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kerjaya beliau dalam pentadbiran kerajaan bermula apabila mengangkat sumpah sebagai Senator buat kali pertama pada 10 Mac 2020 untuk jawatan Menteri Kewangan, sebelum menyambung penggal kedua pada 3 Disember 2022 dan secara rasmi menamatkan perkhidmatan di Dewan Negara pada 2 Disember 2025.
Berita berkaitan
March 4, 2026, 7:03 pm
12.5 juta rakyat terima manfaat SARA, perbelanjaan cecah RM1 bilion dalam dalam tiga minggu
March 4, 2026, 3:46 pm
Ops terjah kuil Hindu: 'Jangan buat huru-hara, hentikan provokasi' - Steven Sim
March 4, 2026, 2:58 pm
Ops Middleman: SPRM sita aset RM7.7 juta, beku akaun
March 4, 2026, 2:23 pm
29,000 rakyat Malaysia terjejas di Timur Tengah, paling ramai di UAE
March 4, 2026, 1:42 pm
Seorang anak Tun Daim hubungi SPRM bantu siasatan Op Godfather
March 4, 2026, 1:17 pm
