Berita Berita
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam rumah dipenuhi sampah, barang terpakai di Kampar
IPOH 4 Mac – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah dua tingkat yang dipenuhi longgokan sampah dan barangan terpakai di Taman Golden Dragon, dekat Kampar, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.22 petang berhubung seorang mangsa yang berada di dalam rumah dengan pintu berkunci.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati pihak polis dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berada di situ. Pintu hadapan tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana terdapat halangan membabitkan sejumlah barangan lama dan sampah.
“Dimaklumkan terdapat seorang mangsa wanita kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat berumur 61 tahun di dalam rumah dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum jentera bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, berikutan laluan pintu hadapan terhalang oleh barangan terpakai dan sampah, pasukan bomba terpaksa membuka pintu belakang bagi memudahkan mayat mangsa dibawa keluar.
Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
March 5, 2026, 12:05 am
Kanak-kanak bawah 16 tahun tidak boleh buka akaun media sosial sendiri - Fahmi
March 4, 2026, 7:03 pm
12.5 juta rakyat terima manfaat SARA, perbelanjaan cecah RM1 bilion dalam dalam tiga minggu
March 4, 2026, 6:34 pm
Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini
March 4, 2026, 3:46 pm
Ops terjah kuil Hindu: 'Jangan buat huru-hara, hentikan provokasi' - Steven Sim
March 4, 2026, 2:58 pm
Ops Middleman: SPRM sita aset RM7.7 juta, beku akaun
March 4, 2026, 2:23 pm
