Berita Berita
Tiga kereta milik aktivis Cikgu Chandra dibakar
KUALA LUMPUR 10 Mac – Tiga kereta milik seorang aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan terbakar dalam kejadian dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki tidak dikenali awal pagi tadi.
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila ketiga-tiga kenderaan milik aktivis tersebut dibakar.
“Mujur polis dan bomba tiba dengan cepat untuk memadam api serta mengawal keadaan.
“Ketika Cikgu Chandra menghubungi saya pada jam 5.30 pagi tadi, beliau memaklumkan pihak polis sedang mengawal kawasan sekitar rumahnya dan menjaga keselamatan keluarganya,” katanya.
Menurut Firdaus, beliau yakin pihak polis akan berjaya menahan suspek, dalang serta individu yang menghasut kejadian itu dalam masa terdekat.
Sebelum ini, rumah Cikgu Chandra di Puchong dilaporkan diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.
Serangan tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas pendakwah bebas, Zamri Vinoth, diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.
Berita berkaitan
March 10, 2026, 10:34 am
DBKL guna kamera badan pantau bazar Ramadan, Syawal
March 10, 2026, 10:30 am
Anggota bomba sukarela ditemukan lemas di tasik Lahat Mines
March 10, 2026, 9:27 am
KPM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri, warga sekolah dapat rehat 9 hari
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
