Berita Berita
Anggota bomba sukarela ditemukan lemas di tasik Lahat Mines
IPOH 10 Mac – Anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam tasik di Jalan Lahat Mines, Lahat pada Ahad lalu, ditemukan mati lemas malam semalam.
Mangsa, Ka-Jun Cheng Siew, 25, yang merupakan anggota PBS Menglembu, ditemukan oleh pasukan bomba pada pukul 10.18 malam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mayat mangsa dijumpai oleh pasukan bomba yang melakukan pencarian di permukaan tasik.
“Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 70 meter dari tebing berhampiran lokasi lelaki itu dipercayai tenggelam,” katanya di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang anggota PBS yang menaiki bot bersama seorang pemandu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tasik ketika pemandu berkenaan membuat pusingan U di tengah tasik.
Dalam kejadian itu, pemandu bot berjaya diselamatkan oleh rakan PBS yang lain, manakala mangsa dipercayai tenggelam ke dalam tasik.
Jarak lokasi mangsa dipercayai terjatuh dianggarkan kira-kira 150 meter dari tebing.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama pasukannya hampir selesai menjalankan aktiviti latihan serta pengujian bot di tasik berkenaan.
Berikutan kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan lima siri selaman melibatkan keseluruhan 17 selaman.
Selain itu, seekor anjing pengesan daripada Unit Anjing Pengesan (K9) bomba bernama Denti turut digerakkan bagi membantu operasi mencari mangsa.
Berita berkaitan
March 10, 2026, 10:39 am
Tiga kereta milik aktivis Cikgu Chandra dibakar
March 10, 2026, 10:34 am
DBKL guna kamera badan pantau bazar Ramadan, Syawal
March 10, 2026, 9:27 am
KPM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri, warga sekolah dapat rehat 9 hari
March 9, 2026, 5:23 pm
JKNK siasat sama ada tekanan kerja, buli punca kematian doktor pelatih di HSIP
March 9, 2026, 5:01 pm
Gunaraj gesa polis siasat video individu pijak Trisul, simbol suci agama Hindu
March 9, 2026, 3:38 pm
Kurikulum 2027 buka peluang pelajar arus perdana belajar bahasa isyarat
March 9, 2026, 2:39 pm
