TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

DBKL guna kamera badan pantau bazar Ramadan, Syawal

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Mac – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan kamera badan bagi anggota penguat kuasanya ketika menjalankan pemantauan di kawasan bazar Ramadan dan bazar Syawal tahun ini.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan penggunaan kamera badan itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan serta ketelusan dalam pelaksanaan tugas.

Menurutnya, penggunaan peranti berkenaan juga bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti.

“Ia juga digunakan bagi melindungi keselamatan pegawai serta orang awam.

“Rakaman juga boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku insiden sekali gus membantu mengurangkan sebarang pertikaian ketika proses penguatkuasaan dijalankan,” menurut hantaran DBKL di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, DBKL memaklumkan kamera badan akan digunakan dalam beberapa situasi termasuk ketika rondaan di kawasan bazar, pemeriksaan lesen peniaga, berinteraksi dengan orang awam serta semasa tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

Menurutnya, DBKL komited memastikan setiap operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara telus, profesional dan berhemah demi kesejahteraan warga kota.

+ - reset