Berita Berita
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
JOHOR BAHRU 12 Mac – Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang ditemukan dengan 14 kesan tikaman di sebuah bilik hotel di Taman Maju Jaya di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, suspek berusia 19 tahun itu diberkas dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.
"Susulan kejadian bunuh seorang wanita warga asing berusia 37 tahun, pada jam 8 malam tadi, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan suspek di sebuah kondominium di bandar raya ini.
"Turut dirampas beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian seperti sehelai baju t, sehelai seluar jeans, topi berwarna hitam, sepasang kasut getah, cakera keras pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) dan dua telefon bimbit.
"Semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.
"Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga negatif dan bebas daripada sebarang jenis dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, suspek kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Katanya, mahkamah membenarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 18 Mac bagi membantu siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau membuat sebarang komen yang boleh mengganggu proses siasatan.
"Polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada balai polis berhampiran, talian hotline polis Johor di 019-2792095 atau talian bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di 07-2212999," katanya.
Semalam media melaporkan pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia antara pukul 1.30 pagi hingga 4.30 pagi.
Mangsa ditemukan dengan 14 kesan tikaman, termasuk 11 di bahagian dada serta masing-masing satu tikaman di leher, jari telunjuk dan lengan kanan.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
