Berita Berita
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
PUTRAJAYA 12 Mac – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan berhubung penggunaan sepanduk yang memaparkan terjemahan ayat al-Quran bagi mempromosikan budaya songsang dalam satu perarakan di ibu negara baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan itu diambil susulan penularan sepanduk berkenaan di media sosial yang didakwa menggunakan terjemahan ayat suci al-Quran secara salah.
"Saya menegaskan sekeras-kerasnya bahawa perbuatan ini bukan sahaja mengguris maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini, malah mencemar kemuliaan al-Quran kerana ditafsir jauh dari konteks serta makna sebenar ayat tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, JAWI telah diarahkan untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak supaya menghayati al-Quran dengan tradisi keilmuan yang betul dan tidak menterjemah ayat suci itu secara sewenang-wenangnya.
Katanya, perbuatan menterjemah ayat al-Quran mengikut tafsiran sendiri boleh menyesatkan maksud sebenar, apatah lagi jika digunakan sebagai dalil bagi menyokong budaya yang bertentangan dengan nilai Islam.
Sebelum ini, tular di media sosial satu sepanduk yang memaparkan terjemahan ayat al-Quran yang didakwa diselewengkan untuk menyokong agenda budaya songsang dalam satu perarakan di ibu negara.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
