Berita Berita
Peniaga patuh arahan, tiada lagi air balang dan lokcing di jalan TAR
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 13 Mac – Tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) semalam mendapati peniaga mematuhi arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila tiada lagi penjualan air balang atau lokcing dikesan di kawasan tersebut.
Keadaan laluan pejalan kaki juga dilihat lebih teratur dengan penjaja yang beroperasi hanya menjual barangan yang dibenarkan di bawah Permit Harian Penjaja Bergerak.
Peniaga di Jalan TAR turut memberikan komen berkaitan larangan DBKL ini.
Almahyuddin, penjual baju, berkata larangan tersebut merupakan tindakan yang bijak dan harus diteruskan.
“Bila mereka menjual di sekitar ini, habis baju jualan saya boleh terkena air dan lokching dan boleh rosak,” katanya.
Adam yang merupakan penjual kuih raya juga setuju dengan tindakan DBKL terhadap jualan air balang dan lokching.
“Saya rasa okay sebab tiada air menitik, tak kotor sebab mereka tak boleh buang sampah,” katanya.
Selain itu, Hajar Zabidah yang menjual barangan aksesori juga terkesan dengan penjual air balang tidak berlesen.
“Mereka jual tepi jalan dan tempat kami berniaga ni bermasalah lah, mengganggu sebab menutup jalan,” ulasnya.
Haris, penjual songkok, juga berkata kawasan tersebut sudah sesak.
“Kat sini kalau malam sesak, kat bahagian depan ni pun dah penuh dah tak boleh masuk,” ulasnya.
Kelmarin DBKL memaklumkan bahawa penjualan air balang, air bancuh, lokcing, steamboat serta makanan yang dimasak di lokasi tidak dibenarkan sepanjang Ramadan di Jalan TAR.
Sebaliknya penjaja hanya dibenarkan menjual air berbekas, minuman tin atau kotak, makanan atau buah berbungkus serta barangan lain yang bersesuaian.
Langkah itu dilaksanakan bagi memastikan kawasan tersebut kekal bersih, selamat dan tidak mengganggu pergerakan orang ramai yang mengunjungi kawasan beli-belah
DBKL turut menyediakan kaunter khas di lokasi bagi membolehkan penjaja mendaftar dan mendapatkan permit harian dengan bayaran RM10 sehari.
Berita berkaitan
March 14, 2026, 1:07 am
Polis sahkan Zamri Vinoth, Tamim Dahri larikan diri ke Thailand
March 13, 2026, 10:15 pm
Mahkamah arah Yayasan Kubra henti roboh kuil Hindu di Rawang
March 13, 2026, 6:33 pm
Lelaki melecur, gagal selamatkan 27 kucing dalam kebakaran rumah di Langkawi
March 13, 2026, 5:46 pm
Rafizi gesa kerajaan dedah hasil siasatan terhadap Azam Baki
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
