Berita Berita
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
KUALA LUMPUR 13 Mac – Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John menjelaskan tiada sebarang isu berhubung keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai status pendaftaran pemain warisan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat berdasarkan artikel dalam peraturan pertandingan yang menjadi rujukan rasmi kepada semua kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia.
“Bagi pihak AFC, kami menerima keputusan yang dibuat oleh MFL kerana ia mengikut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia. Keputusan itu dibuat dengan disokong artikel-artikel pertandingan MFL, maka keputusan MFL itu sepatutnya tiada masalah.
“Malah, peraturan itu juga telah dimaklumkan kepada semua kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia, jadi semua pihak sudah sedia maklum mengenai peraturan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan MFL yang mengesahkan pendaftaran empat pemain warisan sebagai pemain tempatan.
Empat pemain terbabit ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dari Johor Darul Ta’zim, serta Gabriel Palmero dari Kuching City FC.
Keputusan MFL itu dibuat dengan merujuk Manual Liga Malaysia edisi 2025/2026 di bawah Peraturan Pertandingan, Artikel 3 berkaitan sistem pendaftaran dan perpindahan pegawai serta pemain.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 2:01 pm
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
March 13, 2026, 1:46 pm
