Berita Berita
Cadangan penjawat awam WFH atau tidak akan diketahui minggu depan
PUTRAJAYA 13 Mac – Cadangan supaya penjawat awam melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) bagi memastikan kelangsungan operasi kerajaan susulan kesan konflik geopolitik semasa akan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz untuk meneliti cadangan tersebut.
"Beberapa ikhtiar sedang diteliti. Perdana Menteri sudah meminta supaya Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam meneliti cadangan bekerja dari rumah atau 'work from home' untuk memastikan beberapa perkara terselaras.
"Ini untuk sektor awam dan hasil daripada perbincangan itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat (Kabinet) insya-Allah pada Selasa depan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri di sini hari ini.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 2:01 pm
