Berita Berita
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
BUTTERWORTH 13 Mac – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang menambah dua lagi Sekolah Dalam Hospital (SDH) sebagai usaha memastikan murid yang berdepan masalah kesihatan terus mendapat akses pendidikan tanpa tercicir.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini terdapat 20 SDH yang beroperasi di 12 negeri dan telah memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 murid sejak program itu dilaksanakan pada 2011.
Katanya, SDH diwujudkan bagi membantu murid yang mengalami masalah kesihatan tidak menentu agar tetap dapat mengikuti pembelajaran walaupun tidak dapat hadir ke sekolah seperti biasa.
"Jadi (hingga hari ini) kita lihat keberkesanan sokongan (terhadap SDH) itu ada, walaupun barangkali mereka (murid yang mengalami masalah kesihatan) tidak dapat bersekolah seperti biasa, kita jayakan juga dalam konteks untuk terus mendokong akademi dan juga sebagai sokongan terapi kepada mereka.
"Oleh sebab itu modul dan juga guru bagi program ini sangat penting yang mana guru-guru yang terpilih masuk SDH ini memang dengan hasrat mereka sendiri, dan mereka memberikan sepenuh komitmen menjayakan program ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program SDH di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini semalam.
Program SDH dilaksanakan dengan kerjasama KPM, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang membabitkan Hospital Pengajar Universiti (HPU) sejak tahun 2011.
SDH di HSJ merupakan yang pertama di Pulau Pinang dan mula beroperasi pada 5 Ogos 2024 dengan menerima seramai 642 murid.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata dua lagi SDH sedang dirancang untuk dilaksanakan masing-masing di Perak dan Putrajaya.
Menurutnya, kementerian juga akan memastikan guru yang terlibat dilengkapi dengan pelbagai medium serta peranti sokongan bagi memudahkan proses pengajaran mengikut keadaan kesihatan pelajar.
"Maka fleksibiliti itu ada kepada guru, dan sebab itu guru-guru kita ini memerlukan pelbagai medium sokongan, termasuk smartboard, smart TV, iPad dan sebagainya supaya mereka boleh melaksanakan tugas-tugas itu mengikut kepada keadaan murid-murid ini," katanya.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:30 pm
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
March 13, 2026, 1:46 pm
Cadangan penjawat awam WFH atau tidak akan diketahui minggu depan
March 13, 2026, 12:14 pm
