Berita Berita
Penjawat awam digalak tanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan - Mat Sabu
PUTRAJAYA 13 Mac - Penjawat awam yang memiliki kediaman di atas tanah digalakkan memulakan penanaman sayur-sayuran di rumah sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, inisiatif itu melibatkan tanaman yang mudah diusahakan serta cepat dituai seperti cili, terung dan kucai.
“Maka, saya akan mengarahkan pegawai-pegawai yang rumah di atas tanah, bukan rumah flat dan rumah pangsa, sekurang-kurangnya memulakan tanaman yang hasilnya cepat.
“Kita akan memulakan program itu seperti Kempen Buku Hijau di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak dulu sebab kita tidak tahu krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran akan tamat,” katanya pada sidang akhbar khas di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Pada masa sama, Mohamad berkata, kerajaan berharap konflik berkenaan dapat diselesaikan segera dan tidak menjejaskan bekalan makanan negara.
“Buat masa ini, sambutlah Hari Raya dengan biasa, Insya-Allah makanan semuanya cukup dan terjamin bekalannya,” katanya.
Untuk rekod, Kempen Buku Hijau merupakan program nasional yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada 1974 ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kempen itu dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat menanam makanan sendiri seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta menternak ayam atau ikan.
Inisiatif berkenaan juga bertujuan mengurangkan kebergantungan negara terhadap import makanan selain menangani isu inflasi serta kekurangan bekalan makanan yang berlaku pada awal 1970-an.
Berita berkaitan
March 13, 2026, 4:22 pm
Cadangan kerja dari rumah tidak sesuai dilaksana secara menyeluruh - MEF
March 13, 2026, 4:15 pm
Kerajaan pastikan bekalan minyak negara kekal stabil
March 13, 2026, 4:07 pm
14,332 pengarah syarikat disekat ke luar negara gagal bayar caruman KWSP
March 13, 2026, 4:01 pm
AFC terima keputusan MFL berhubung status pemain warisan
March 13, 2026, 3:54 pm
70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah
March 13, 2026, 3:39 pm
Pastikan bekalan makanan tak putus, kerajaan tingkat stok beras hingga sembilan bulan
March 13, 2026, 2:01 pm
Akses pendidikan pesakit muda diperkasa, KPM rancang buka dua lagi Sekolah Dalam Hospital
March 13, 2026, 1:46 pm
Cadangan penjawat awam WFH atau tidak akan diketahui minggu depan
March 13, 2026, 12:14 pm
